Kehidupan kolej dan kemudian Brad Cohen

Cohen menghadiri Universiti Bradley di Peoria, Illinois, jurusan pendidikan rendah. Pada minggu pertama, beliau dihalau oleh sebuah restoran makanan segera tempatan kerana pekerja di sana menganggap Cohen mabuk dan mengancam untuk memanggil polis walaupun setelah Cohen dan rakan-rakannya cuba menjelaskan situasi sebenar. Dalam beberapa jam kemudian, para mahasiswa mengadakan boikot terhadap restoran tersebut sehingga memaksa pengurus restoran menelefon Cohen dan meminta Cohen datang kembali ke restoran tersebut. Pengurus tersebut meminta maaf secara peribadi. [14]

Selepas lulus cum laude dengan pelbagai pengiktirafan akademik, [15] Cohen berpindah ke Atlanta, Georgia pada 1990-an untuk mencari pekerjaan. Permohonan untuk menjadi guru ditolak sebanyak 24 kali sebelum Mountain View Elementary School mengambil beliau untuk bekerja mengajar gred dua dan tiga. Cohen memulakan pengajarannya dengan menerangkan mengenai penyakitnya kepada anak muridnya dan menjadikan beliau popular di kalangan para pelajarnya. Namun, terdapat seorang bapa yang mahukan anaknya ditukar ke kelas yang lain kerana bimbang tumpuan anaknya pada pelajaran akan terganggu ketika berada di kelas Cohen. [16] Beliau dianugerahkan Sallie Mae First Class Teacher of the Year pada tahun 1997.[8] Cohen kemudiannya mengajar gred dua di Tritt Elementary School in suburban Atlanta,[15] sebelum meninggalkan ruang kelas untuk menjadi pentadbir sekolah yang menyelia guru-guru lain. [17]

Cohen kurang bernasib baik dalam percintaan.Namun segalanya berubah apabila bertemu dengan Nancy Lazarus dari Charleston, South Carolina yang dikenalinya menerusi perkhidmatan cari jodoh di Internet [1] dan mereka berkahwin pada Jun 2006.[18]